Pusat Jagaan Orang Tuan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM)


Kalai Wani Vijayan Miv added 4 new photos.

44 mins · 

10 Ogos 2017

Taman Melur Ampang.

“Warga Emas dibuang keluarga”

Saudara M.Chandran yang uzur terpaksa menumpang tidur didalam sebuah gerai di Taman Melur lebih dari 2 bulan.

Beliau berkata, setelah kematian ibu, tanpa sebab, adik beliau sekeluarga bertindak menghalau beliau dari rumah yang selama ini jadi tempat berteduh bersama ibu.

Apabila saya menerima aduan aduan pemilik gerai, saya bersama Sdr Selva Kumar Pengerusi Persatuan Tamilarkular dan Sdr Firdaus terus kelokasi dan didapati betul terdapat seorang tua berbangsa india yang sedang berbaring dan keadaannya sungguh menyedihkan.

Sejurus itu juga, Sdr Firdaus menghubungi JKM Hulu Langat seterusnya menguruskan agar Sdr Chandran dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kajang.

Alhamdulillah dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasa MPAJ, beliau telah selamatkami hantar ke Pusat Jagaan Orang Tuan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor.

Kami semua berasa sungguh tersentuh dan hiba saat meninggalkan Sdr Chandran dan berjanji kepada beliau akan datang melawat beliau nanti.

Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku diantara beliau dan keluarga, namun, menghalau seorang yang tua dan uzur dari rumah adalah satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.

Apakan masyarakat hari ini telah hilang pertimbangan dan rasa ehsan sesama manusia apatah lagi dari kalangan keluarga.

Saya menyeru, pupuk semantap mungkin sifat kasih sayang sesama keluarga dan jiran tetangga. Hubungi pemimpin setempat, Ahli Majlis atau Ketua Kampung atau ADUN atau Ahli Parlimen setempat untuk mendapatkan nasihat atau bantuan jika menghadapi masalah seperti ini. Kami akan bantu sedaya mampu insyaallah.

Bagi mereka yang sudi untuk membantu atau memberikan sumbangan kepada Pertubuhan ini, saya sertakan digambar alamat dan talian telefon untuk dihubungi.

Semoga diberkati Allah keseluruhannya.

Terima kasih

Mohamad Bin Samat
Ahli Majlis MPAJ
DAP Teratai/Pandan

Selva Kumar Kulanthai Velloo
Pengerusi Pertubuhan Tamilarkular Pandan Ampang.

Muhamad Firdaus Babh
Ketua Pemuda DAPSY Pandan.
AJK Tertinggi ATY

Leave a comment