(Mipas) S Barathidasan menyelar kenyataan Perdana Menteri


20/07/2017, 6:16:15 PM: +60 11‑3328 5808: KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Barathidasan menyelar kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menerima India Muslim adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera sebagai permainan politik yang sangat bahaya.

Menurutnya walaupun kenyataan Najib itu hanya untuk meraih undi komuniti India Muslim pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, namun kesannya agak mendalam sekiranya status tersebut diwartakan oleh kerajaan.

“Saya sangat hairan kenapa kerajaan Najib sedia mengkaji status Bumiputera hanya kepada India Muslim sahaja, sebaliknya bukan kepada kaum Cina, India dan kaum yang lain.”

“Setahu saya, sejarah menunjukkan kehadiran kaum India beragama Islam dan Hindu dan agama lain ke Malaya (Malaysia) adalah lebih kurang pada waktu yang sama sahaja. Kedua-duanya memberi sumbangan dan sokongan yang tidak terbelah kepada pembangunan negara. Jadi, kenapa India Muslim dikhususkan dalam soal pemberian status Bumiputera,” katanya kepada Berita Daily.

“Apakah golongan kaum India beragama Islam lebih istimewa kepada Najib berbanding yang beragama lain?” soal beliau sambil menegaskan bahawa beliau menyambut baik pemberian status Bumiputera kepada India Muslim.

“Kami, tidak ada masalah dengan pemberian status Bumiputera kepada sesiapa sahaja. Tetapi, Najib perlu jelaskan kenapa India Muslim diutamakan berbanding kaum lain,”ujarnya.

Barathidasan juga berpendapat bahawa, walaupun beliau tidak percaya dengan kata-kata Najib bahawa kerajaan akan mengkaji status Bumiputera India Muslim, beliau tidak menolak bahawa cadangan atau kajian sedemikian akan memberi satu suasana yang tidak selesa diantara India Muslim dan kaum lain.

“Cuba fiirkan, katakanlah India Muslim dapat status Bumiputera. Maka, saya percaya kaum India yang berlainan agama akan memeluk Islam hanya untuk menikmati faedah status Bumiputera,” jelasnya.

“Ini bukan sesuatu yang sihat. Kebarangkalian akan mencetuskan kemarahan para penganut Hindu dan agama lain,” tambahnya.

“Maka saya minta Najib supaya janganlah main politik perkauman untuk meraih undi dengan memecah belahkan kaum bukan Melayu khususnya India,” tegas Barathidasan.

Terdahulu, Najib berkata bahawa masyarakat India Muslim di Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan Bumiputera.

“Saya terima India Muslim adalah sebagai Bumiputera. Soal bagaimana dilaksanakan, kita akan kaji lagi sama ada pentadbiran atau pewartaan,” katanya pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Serdang.

http://www.beritadaily.com/bm/najib-lebih-pentingkan-india-muslim-berbanding-kaum-lain/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s